Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 22, 2015

[KUANTAN] 'FREE FRUIT FRIDAY' - BUAH-BUAHAN PERCUMA SETIAP MINGGU SELEPAS JUMAAT


'Free Fruit Friday' di Masjid Negeri setiap Jumaat


Mengagihkan buah-buahan secara percuma telah menjadi rutin mingguan satu NGO di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Kuantan.

Selepas solat jumaat setiap minggu satu program yang dinamakan `Free Fruit Friday Kuantan' memeriahkan perkarangan Masjid Negeri dengan agihan buah-buahan percuma kepada jemaah.

Penganjur program berkenaan Saudara Saiful Amri Bin Md Aris yang kami temubual berkata sebanyak lebih kurang 500 biji buah-buahan diagihkan kepada jemaah selepas jumaat.

Program ini telah bermula dari 21.8.2015 dengan dibantu oleh 3-5 rakan-rakan untuk pengagihan.

Menurut beliau, program ini berjaya dilakukan atas sumbangan dari hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut.

Beliau juga berharap jika ada mana-mana NGO atau orang perseorangan yang ingin menghulurkan bantuan boleh turut sama bersatu dalam melakukan amal.

Dalam masa yang sama beliau berkata sekiranya cukup dana serta sukarelawan program sedemikian akan dipanjangkan ke masjid-masjid lain di sekitar kuantan.


YB. Syed Ibrahim bersama Sdr Saiful Amri mengagihkan buah-buahan



Foto dari album aktiviti 'Free Fruit Friday'


0 comments:

share2