Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 22, 2015

PENYEBAR BERITA PALSU KEMALANGAN DI LPT 2 DICARI


pdrm


Kuala Nerus - Polis Terengganu memberi amaran akan menjejak mana-mana individu yang bertindak menyebar dan memviralkan insiden palsu khususnya berhubung kes kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, polis tidak akan bertolak ansur dan akan bertindak tegas serta akan mengambil tindakan terhadap individu terlibat.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, tiada kemalangan maut yang berlaku di LPT2 semalam seperti yang tersebar luas di media sosial dan kita juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kemalangan seperti yang diviralkan itu.

"Jadi kita memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak tepat dan tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan ketakutan kepada orang ramai untuk menggunakan laluan tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Rosli berkata demikian sebagai mengulas berhubung gambar viral melibatkan sebuah pacuan empat roda yang didakwa terlibat dalam kemalangan selepas merempuh lembu di LPT 2 berhampiran Perasing sehingga menyebabkan dua maut dan dua cedera parah.

0 comments:

share2