Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 15, 2016

[KUANTAN] DADAH LEBIH SETENGAH JUTA RINGGIT DIRAMPAS

PDRM



Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah bernilai bernilai RM523,575 dalam dua kes berasingan di sini dan Pekan semalam dan Rabu lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superintendan Lam Thian Huat berkata dalam serbuan itu polis telah merampas 2,264 gram heroin, 93.9 gram syabu dan 5,350 biji pil yaba dengan dua buah kenderaan bernilai RM65,000. 

"Tangkapan pertama dilakukan di sebuah kedai makan di Kampung Pulau Serai,Pekan pada pukul 8.45 pagi pada Rabu lepas melibatkan dua lelaki berumur 32 dan43 tahun.

"Hasil pemeriksaan ke dalam kenderaan jenis Volvo yang dinaiki kedua-dua suspek berkenaan, polis telah menjumpai 2,264 gram dadah jenis heroin bernilai RM339,600 dan 93.9 gram syabu bernilai RM23,475," katanya dalam sidang media di sini hari ini. 

Beliau berkata sisatan lanjut mendapati kedua-dua suspek dipercayai telah terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak Ogos tahun lepas dan turut mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

Dalam serbuan berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun di tempat letak kereta di sebuah stesen minyak Jalan Teluk Sisek di sini pukul 2.15 petang semalam.

"Semasa ditahan, suspek berada di dalam sebuah kereta Proton Wira di stesyen minyak berkenaan dan hasil pemeriksaan, polis berjaya menemui 5,350 biji Yaba bernilai RM160,500 yang disembunyikan dalam kenderaan terbabit," katanya.

Katanya suspek telah terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak Jun tahun lepas dengan menjualnya di sekitar Kuantan dan Pekan.

Katanya kedua-dua kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahadan pihak polis masih mengesan ahli-ahli sendikit yang terlibat.




0 comments:

share2