Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 22, 2016

[KUANTAN] PENGUATKUASA LUAR TIADA KUASA BUAT TANGKAPAN - PBT




"Penguatkuasa bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya boleh ambik tindakan didalam kawasan lantikan mereka sahaja."

Demikian penjelasan yang diberikan oleh salah satu sumber PBT yang diperolehi berhubung isu pencegahan bagi pelombong - pelombong bauksit secara haram di Kuantan.

Ditanya sama ada bidang kuasa bagi penguatkuasa PBT boleh melangkaui kawasan atau tidak, sumber itu menjelaskan bahawa perkara itu mustahil untuk dilakukan.

"Tak boleh. Penguatkuasa PBT itu hanya mengikut lantikan dimana dia dilantik sahaja. Sebagai contoh, di Temerloh. Jika diluar dari kawasan Temerloh, kuasa yang ada pada penguatkuasa itu dah tak laku.

"Sebab lantikan seorang penguatkuasa itu dibuat oleh Kerajaan Tempatan. Maka lantikan yang dibuat oleh PBT terhadap penguatkuasa itu hanya sah dikawasannya sahaja," jelas sumber tersebut.

Persoalan mengenai bidang kuasa itu timbul selepas ADUN Mentakab mendakwa Kerajaan Negeri boleh mengerahkan semua PBT di seluruh Negeri untuk membuat operasi secara besar - besaran bagi menangani pelombong haram bauksit di Kuantan.

Apabila ditanya mengenai sama ada seorang penguatkuasa itu boleh menangkap peneroka haram atau pelombong haram atau tidak, sumber itu juga menjelaskan bahawa ianya tidak boleh dilakukan.

"Itu dah diluar bidang kuasa bagi seorang penguatkuasa PBT. Penerokaan tanah ini biasanya bergantung kepada penguatkuasa yang ada di Pejabat Daerah.

"Sekiranya tanah itu diteroka bagi tujuan pembangunan, maka pihak PBT boleh ambik tindakan, bergantung kepada akta kuasa yang ada dalam PBT," jelas sumber itu lagi.

0 comments:

share2