Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 21, 2016

[KUANTAN] TAK RUGI BUAT BAUKSIT


"Saya rasa sekarang ini, lebih baik peneroka terlibat dengan bauksit daripada tanam kelapa sawit."

Demikian kenyataan yang dibuat oleh salah seorang Peneroka Felda dikawasan Bukit Goh, Kuantan. Kenyataan itu sekaligus membuktikan bahawa bukan semua penduduk bantah bauksit ni.

Razak Abdullah, 52 tahun merupakan salah seorang dari 248 peneroka Felda Bukit Goh yang secara terbuka menyatakan bahawa beliau terlibat secara lansung dalam isu Bauksit ini.

Bagi beliau, tindakannya memajak ladang kelapa sawit kepada pengusaha bauksit sebelum ini tidak merugikan. Malah ianya memberikan keuntungan jangka masa pendek buat peneroka.
"Saya rasa tidak rugi. Sebab, duit bauksit ini lebih kepada keuntungan jangka masa pendek. Kalau ladang (kelapa sawit), keuntungannya pula dalam jangka masa panjang.
"Dan, saya rasa sekarang ini, lebih baik peneroka terlibat dengan bauksit daripada tanam kelapa sawit," katanya.
Selain Razak, seorang lagi peneroka Felda Bukit Goh, Mohamed Fadzil Yussof, 47 tahun turut mengakui perlombongan bauksit di sekitar kawasan tersebut memberi keuntungan kepada mereka.
"Memang bauksit memberi pendapatan lumayan buat peneroka, kalau kita tak nak buat pun, tapi kiri kanan kita semua buat, jadi kita pun terpaksalah buat. Kami tidak rasa menyesal (beri tanah)," katanya.
Bermula 15 Januari 2016, pihak Kerajaan Negeri dan juga Kementerian Sumber Alam Sekitar telah melaksanakan moratorium ke atas perlombongan bauksit selepas mendapat bantahan dari beberapa pihak.

Moratorium itu dilaksanakan dalam tiga fasa seperti mana yang telah diumumkan oleh Menteri Sumber Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi sebelum ini di Kuala Lumpur.

0 comments:

share2