Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 27, 2016

[JENGKA] DEDAH PENTING ILMU DUNIA, AKHIRAT


Dedah penting ilmu dunia, akhirat


Pendedahan ilmu dunia dan akhirat penting bagi melahirkan insan yang seimbang.

Menyedari hakikat itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 16 mengadakan Program Khalifah sebagai platform kesaksamaan rohani dan jasmani pelajar dalam berdepan dengan pelbagai cabaran.

Guru Penolong Kanan SMK Jengka 16, Meor Ahmad Samsudin Meor Mohd Affandi berkata, program anjuran Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri dan sekolah terbabit yang diadakan kelmarin disertai seramai 130 pelajar tingkatan empat, enam dan enam atas.

“Program dijalankan selama sehari ini mengetengahkan elemen kepimpinan, jati diri, keagamaan dan pertandingan explorace di bawah kendalian fasilitator terdiri daripada pegawai Seranta.

“Kami amat mengalu-alukan kerjasama Felda dalam menjayakan program bersama sekolah seperti ini, di masa hadapan,” katanya yang mewakili pengetua, Hayudin Md Suhol merasmikan majlis penutupan program itu, di sini semalam.

Sementara itu, peserta, Rozalia Zukkapli, 16, berkata, program tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakan di samping meningkatkan kerjasama dan pengetahuan tentang agama.

Siti Nadhirah Mohd Zulkeply, 16, pula berkata, dia berasa sangat berpuas hati dengan penganjuran program itu kerana bengkel aktiviti yang dijalankan memberikan pengisian bermanfaat.

“Antara aktiviti yang menarik ialah di mana kami diberikan tugasan untuk mengikut kata hati...jadi bila kita lakukan sesuatu kena ikut kata hati antara baik dan jahat.

“Selain itu, kami melakukan aktiviti kami sayang solat yang meningkatkan lagi pengetahuan tentang rukun solat,” katanya.


0 comments:

share2