Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 27, 2016

[MARAN] GOTONG ROYONG BENDUNG PENINGKATAN KES DENGGI




Amalan bergotong royong wajar dijadikan budaya dalam masyarakat membantu membendung peningkatan kes demam denggi yang semakin membimbangkan kini.

Kes demam denggi mncatatkan peningjatan yang ketara di seluruh negeri di Malaysia.Bagi negeri Pahang,daerah Maran adalah mencatatkan bilangan kes ketiga tertinggi di Pahang selepas daerah Kuantan dan Temerloh.

Sehingga kini daerah Maran kini mencatatkan 127 kes denggi dan 2 wabak termasuk 2 kematian di Jengka 17.





"Cari dan Musnah yang dipraktikkan sewaktu gotong royong bertujuan untuk membasmi jentik jentik nyamuk aedes.Luangkan masa selama 10 minit setiap hujung minggu dengan memeriksa runah kita serta hapuskan segala tempat pembiakan nyamuk aedes", gesa YB Dato'Shahaniza Shamsuddin,Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika merasmikan Program Gotong Royong Perdana Menggempur Aedes di Felda Jengka 2 hari ini.


Antara yang turut hadir Dr Wan Rosalaiza Wan Abdul Ghani Pegawai Kesihatan Daerah Maran dan kepimpinan setempat.


0 comments:

share2