Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 23, 2016

TIDUR ATAS MAYAT MAK NYAH RUPANYA...


Tidur atas mayat mak nyah rupanya...


Pattaya - Dua orang pelancong langsung tidak menyangka bau busuk yang dibau datang dari mayat mak nyah yang disembunyikan di bawah katil.

Laporan Bangkok Post mengatakan sebelum kejadian, pelancong berkenaan menemui kesan darah dan bau busuk tetapi tidak menghiraukannya dan tetap tidur di bilik tersebut.

Keesokan harinya, pelancong berkenaan memaklumkan perkara tersebut kepada pekerja pembersihan hotel yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.

Pemeriksaan pihak berkuasa kemudian menemui mayat mak nyah yang dikenal pasti sebagai Amphon Kongsong, 28.

Dua orang suspek remaja berusia 14 dan 17 tahun kemudian ditahan selepas didapati terlibat dengan pembunuhan Amphon.

Siasatan awal mendapati kedua-dua remaja terbabit mengenali Amphon melalui laman sosial Facebook.

Siasatan masih dijalankan.


0 comments:

share2