Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 26, 2016

PENCURI GUNA PROTON WAJA UNTUK LARIKAN LEMBU


Pencuri guna Proton Waja untuk larikan lembu


Pinang Tunggal - Malang seekor lembu apabila dilarikan pencuri dalam kejadian di sebuah kampung di sini lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 malam itu, tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Waja dipercayai membawa lembu curi disedari penduduk berhampiran lokasi kejadian.

Menurut sumber, penduduk kemudiannya bertindak mengejar kereta yang dinaiki suspek itu.

"Kereta yang dinaiki suspek bagaimanapun terbabas manakala kesemua suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan lembu yang dicuri mereka.

"Akibat kemalangan itu, mereka menemui seekor lembut yang diikat keempat-empat kakinya. Lembu dipercayai tidak sedarkan diri akibat kejadian itu," katanya.

Bagaimanapun lembu berkenaan dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan dan diselamatkan penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Azmi Adam berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian.

"Kereta yang dinaiki suspek difahamkan dibakar, dan pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan pemilik kenderaan ini.

"Buat masa ini, polis masih belum menerima laporan daripada mana-mana individu yang merupakan pemilik kereta berkenaan," katanya.

Katanya, pihaknya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini agar dapat tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini dapat segera tampil untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan," katanya.


0 comments:

share2