Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 21, 2016

PERUNTUKAN RM1.52 BILION PERKASA EKONOMI BUMIPUTERA


najib Tun razak


Kuala Lumpur - Kerajaan memperuntukkan RM1.52 bilion untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera dalam Bajet 2017.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan berkenaan merangkumi RM500 juta menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera mengembangkan perniagaan atau memulakan perniagaan baharu.

Najib berkata, Teraju turut diperuntukkan RM100 juta bagi Tabung Eksport untuk syarikat-syarikat Bumiputera menembusi pasaran antarabangsa.

"Pokoknya, selagi hayat di kandung badan, agenda pemerkasaan Melayu serta Bumiputera akan terus kita perjuangkan," katanya ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Turut menerima peruntukan, katanya adalah Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) iaitu sebanyak RM100 juta bagi meningkatkan pe1uang usahawan Bumiputera dan Amanah Ikhtiar Malaysia (RM100 juta) bagi pelbagai program keusahawanan.

Katanya Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera turut diperuntukkan RM100 juta bagi program Peneraju Skil dan Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas manakala RM300 juta diperuntukkan kepada tekun bagi membantu usahawan kecil memajukan perniagaan termasuk skim baharu, TEMANITA, yang khusus untuk usahawan mikro wanita.

Tambahnya lagi sejumlah RM200 juta diperuntukkan kepada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan dan Premis Perniagaan dan RM120 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi pelbagai program keusahawanan, antaranya perusahaan industri halal, pembangunan usahawan belia dan Program Latihan Bersepadu Keusahawanan.


0 comments:

share2