Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 7, 2016

DUA LETUPAN 'GEGARKAN' PELABUHAN KLANG


Dua Letupan 'Gegarkan' Pelabuhan Klang


Penduduk bandar Pelabuhan Klang terkejut apabila digemparkan dengan dua letupan yang membabitkan kebakaran sebuah lori kontena di Jalan Pelabuhan Utara ke Pelabuhan Barat, awal malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.43 malam itu, lori kontena yang membawa muatan gulungan kertas itu terbakar dan menyebabkan berlakunya letupan kuat.


Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kebakaran tersebut memusnahkan 90 peratus lori kontena tetapi pemandu sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca daripada enjin sebelum merebak ke bahagian lain.

“Pemandu menyedari ada percikan api di bahagian enjin dan memberhentikan kenderaan sebelum keluar menyelamatkan diri,” katanya.


Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kenderaan tersebut sudah dialihkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kejadian tersebut menyebabkan berlalu kesesakan lalu lintas apabila pengguna dan penduduk setempat turut mahu melihat kejadian itu.


0 comments:

share2