Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 7, 2016

MENTERI MAHU HANYA ROHINGYA BERAGAMA ISLAM DIBERI KAD UNCHR


shahidan-kassim


Kuala Lumpur: Pengeluaran kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan kepada warga Myanmar perlu dikaji semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ia bagi memastikan kad itu hanya dikeluarkan kepada etnik Rohingya beragama Islam yang berada di negara ini.

“Sekarang ini saya nak minta kepada pihak Majlis Keselamatan (Negara) melihat balik kad yang dikeluarkan oleh UNHCR yang sepatutnya dikeluarkan kepada orang-orang Rohingya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Shahidan bimbang jika pemegang kad UNHCR itu turut terlibat melakukan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Wilayah Rakhine.

Katanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menjalankan siasatan terutama terhadap Menteri Luar dan Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi kerana membiarkan kekejaman berlaku di daerah itu.

“Dia (Aung San Suu Kyi) kena ingat, dia sendiri harus dilihat sama ada layak atau tidak mendapat Hadiah Nobel Keamanan. Saya tidak sangka yang kononnya memperjuangkan kemanusiaan tetapi membiarkan kekejaman berlaku kepada negerinya sendiri,” kata Shahidan.


0 comments:

share2