Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 24, 2017

DAESH: EMPAT DITANGKAP KUMPULAN PENGGANAS


daesh


Kuala Lumpur - Empat orang suspek terdiri daripada tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Daesh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, Cawangan Khas berjaya melumpuhkan satu sel baru pengganas Daesh yang merancang menjadikan Sabah sebagai transit anggota kumpulan tersebut menyelusup masuk ke Filipina.

“Suspek pertama merupakan seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang telah diarah untuk merekrut anggota baru kumpulan tersebut.

“Sementara itu, suspek kedua pula seorang wanita warga tempatan berusia 27 tahun diikuti dengan dua lagi suspek warga Bangladesh berusia 27 dan 28 tahun masing-masing dipercayai direkrut oleh suspek pertama,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah bab Via, kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 547).

Serta akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).


0 comments:

share2