Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 23, 2017

KUNJUNGAN HORMAT PEMEGANG AMANAH KUNCI KAABAH


Kunjungan hormat Pemegang Amanah Kunci Kaabah


Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat Pemegang Amanah Kunci Kaabah Dr Saleh Zienal Abdeen Al Shaibi di Istana Melaka di sini.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar, Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin.

Dr Saleh diiringi pembantunya, Dr Abdul Rahman Saleh Al-Shaybi dan Penterjemah, Datuk Sheikh Abd Halim Sheikh Salah Marie Al-Kathiri.

Dalam kunjungan kira-kira dua jam itu, Mohd Khalil turut menerima cenderahari berupa Kiswah atau kain penutup Kaabah daripada Dr Saleh.

Delegasi itu kemudian bergerak ke Masjid Al-Alami di sini bagi menunaikan solat Zohor, yang turut disertai Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.


0 comments:

share2