Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 25, 2017

FITNAH POLIS BAZIR DUIT RAKYAT BEMI BMW




Putrajaya – Kejayaan penganjuran perlumbaan berbasikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bermula sejak 1996 kini menjadi mangsa bahan fitnah penyokong propembangkang.

Terbaharu, akaun Twitter oleh Friends of KDN pada Jumaat mendedahkan ada pihak tertentu membuat tohmahan konon Polis Diraja Malaysia (PDRM) membazirkan ‘duit rakyat’ apabila membeli BMW untuk acara LTdL itu.

Menerusi kicauan laman sahabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut, pentadbirnya menjelaskan dakwaan jahat itu bukan sahaja palsu, malah pihak PDRM tidak pernah membeli kereta mewah berkenaan untuk LTdL.

Sebaliknya, apa yang sebenarnya ialah kenderaan tersebut adalah tajaan daripada pihak BMW sendiri untuk digunakan PDRM sepanjang perlumbaan edisi ke-22 itu berlangsung dari 22 Februari lalu sehingga 1 Mac depan.





Kicauan Friends of KDN itu dilaporkan menerima maklum balas positif ramai netizen susulan penyebaran tular menerusi media sosial konon PDRM sanggup berbelanja besar beli BMW semata-mata bagi menjayakan LTdL.

Difahamkan ada pihak tidak bertanggungjawab ‘sebar cerita’ itu memaparkan gambar puluhan kereta baharu BMW yang dicat logo PDRM tanpa plat pendaftaran dalam gudang selain foto anggota polis dengan kenderaan tersebut.

Rupa-rupanya mungkin ramai tidak sedar, BMW Group Malaysia menandatangani perjanjian penajaan LTdL 2017 sebagai rakan automotif rasmi mengambil alih peranan sebelumnya yang dipegang oleh Proton dan Volkswagen.

Ini menyaksikan syarikat pengeluar automobil terkenal dari Jerman itu menyumbangkan sebanyak 200 buah kereta baharu terdiri daripada jenama BMW sendiri, MINI dan BMW Motorrad sepanjang laluan perlumbaan tersebut.





Antara model digunakan ialah MINI Countryman, 2 Series GT, X1, X4, X5, dan model plug-in hybrid 330e manakala bagi jentera dua roda pula diwakili oleh sebuah R1200 GS. Semuanya merupakan kenderaan janaan minyak petrol.

BMW malahan turut ‘bermurah hati’ menaja jersi khas warna putih untuk disarungkan eksklusif kepada pemenang pengayuh Asia terbaik bagi setiap lapan peringkat perlumbaan yang membabitkan jarah lebih 1,200 kilometer itu.

Untuk rekod, bukan keseluruhan 200 buah kenderaan itu digunakan oleh PDRM sebaliknya ia juga diagihkan kepada pihak penganjur, pengiring perlumbaan, pegawai pasukan dan yang terlibat langsung dengan LTdL.

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi yang dipetik akhbar The New Straits Times turut mengesahkan isu penajaan tersebut dan selepas habis LTdL, ia akan digunakan untuk pelbagai acara lain pula.

Perkara itu turut disiarkan menerusi laman sesawang rasmi LTdL dengan menyiarkan pautan berita arkib yang memaparkan penajaan BMW oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Emir Abdul Jalal.


0 comments:

share2