Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 24, 2017

[KUANTAN] MAK NYAH DITEMUI MATI DITEMBAK, DITETAK


Mak Nyah Ditemui Mati Ditembak, Ditetak


Seorang lelaki yang berperwatakan wanita ditemui maut dengan kesan tembakan dan tetakan di Jalan Pasar, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an ditemui mati oleh orang awam.

Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas dipercayai ditembak dan ditetak sehingga terkopak di bahagian kepala serta putus lima jari tangan.




Difahamkan, identiti mangsa belum dikenal pasti dan mayat mangsa dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat.

Media tempatan melaporkan, sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


0 comments:

share2