Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 28, 2017

BIMBANG RUMAH MASUK AIR LAGI


Bimbang rumah masuk air lagi


Semenyih – Penduduk di sebuah kawasan perumahan di Sungai Lalang memohon pihak berwajib mengkaji kesesuaian sistem saliran sedia ada serta membuat penambahbaikan bagi mengelak kejadian banjir di kawasan perumahan itu berulang.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Razali berkata, kawasan perumahan yang diduduki sejak 2012 itu sering banjir kerana dipercayai berpunca daripada longkang sedia ada yang tidak efisien.

“Bila hujan lebat air daripada longkang itu mengalir ke kolam tadahan berhampiran dan akan melimpah memasuki kawasan taman perumahan.

“Sejak tinggal kat kawasan perumahan ni...dah empat kali banjir.

“Sebelum ni, dalam kira-kira 30 rumah masuk air...dan Rabu lalu pun baru lepas banjir tapi lima atau enam rumah saja yang masuk air. Perabot di ruang tamu saya turut rosak,” katanya.

Menurutnya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pelbagai agensi berkaitan berhubung masalah itu.

“Setiap kali banjir, kami risau sangat rumah masuk air...saya harap pihak berwajib dapat buat tinjauan dan berbincang dengan penduduk mengenai kaedah terbaik untuk mengatasi masalah banjir di sini,” katanya.


0 comments:

share2