Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 24, 2017

SUAMI NORA, JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA


Johan Nawawi


Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi, Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal pagi tadi.

Berita itu disahkan oleh isterinya Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Setakat ini belum dimaklumkan punca kematian Allahyarham.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Al-Fatihah.


0 comments:

share2