Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 22, 2017

[KUANTAN] NAJIB ZIARAH BEKAS SETIAUSAHA KERJA UMNO PAHANG


Najib ziarah bekas Setiausaha Kerja Umno Pahang


Tiada perkara yang lebih membanggakan seseorang yang telah lama berjuang dalam Umno, melainkan menerima kunjungan pemimpin nombor satu parti tatkala diri berada dalam keuzuran.

Bagi bekas Setiausaha Kerja Umno Pahang, Datuk Faisal Abdullah, 69, kunjungan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ke rumahnya di Medan Tok Sira di sini hari ini untuk bertanyakan khabar dan berkongsi kenangan, amat menyentuh perasannya sebagai seorang yang pernah bergiat aktif dalam parti itu.

"Sudah 10 tahun saya tidak berjumpa dengan beliau (Najib), Saya pernah berkhidmat di bawahnya dari tahun 1978 hingga 1984. Ketika itu banyak nasihat yang diberikan oleh Najib kepada saya yang dapat dijadikan panduan untuk terus memperjuangkan nasib dan bangsa Melayu.

"Namun kini keadaan kesihatan saya semakin merosot sehingga tangan kiri terpaksa dipotong tiga bulan lalu akibat sakit kencing manis," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau cukup terharu dengan kunjungan perdana menteri dan tidak dapat menahan rasa sebak sebaik melihat Anggota Parlimen Pekan itu masuk ke rumah lalu terus mendakap erat pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya amat terharu dengan kunjungan ini. Memang sedih dan terharu kerana beliau masih lagi ingat kenangan lama," kata Faisal yang mempunyai lima anak dan lapan cucu hasil perkongsian hidup dengan Datin Maimunah Sulong, 68.

Najib yang ditemani Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri yang juga Adun Chini, Datuk Abu Bakar Harun serta Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berada hampir 30 minit menziarahi Faisal.


0 comments:

share2