Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 25, 2017

[KUANTAN] SEMINAR HENTIKAN JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK



Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata statistik kes jenayah seksual kanak-kanak yang berlaku di negara ini adalah mengejutkan dan menyeramkan.

Menurut beliau jumlah kes seksual negara ini dari tahun 2010 hingga 2016 berjumlah 12,800 kes rogol, 5,705 cabul, sumbang mahram berjumlah 1604, seks luar tabie berjumlah 1,050 kes dan  kes jenayah seks kanak-kanak mecatatkan purata seribu kes setiap tahun.

“Kes jenayah seksual kanak-kanak di negara ini bukan perkara baru. Cuma kesedaran terhadapnya kurang di kalangan masyarakat.  Manakala laporan kes ini juga kurang dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana masalah budaya masyarakat  yang mungkin mengaibkan keluarga mangsa.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak Anjuran Kerajaan Negeri Pahang dan Persatuan Amal Isteri Wakil Rakyat Negeri Pahang (TERATAI).

Menurut beliau lagi, kesedaran terhadap jenayah seksual harus ditingkatkan di kalangan masyarakat kerana di adalah membimbangkan dan memohon orang ramai bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk sama-sama membanteras jenayah seksual kanak-kanak. 

0 comments:

share2