Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 16, 2017

TUAH DAFTAR PENGUNDI BARU


Seorang pengundi


Teluk Intan - Dua pengunjung Pelancaran Gelombang Tani Nasional bertuah apabila menerima tiket penerbangan AirAsia ke destinasi terpilih sempena program #JomKitaDaftarUndi, di sini, semalam.

Tuan Muhd Afiq Tuan Zamani, 24, dan Mohammad Hamidi Mohammed Mokhtar, 35, masing- masing berjaya memenangi tiket penerbangan selepas mendaftar sebagai pengundi baharu di kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini.

Tuan Muhd Afiq berjaya mendapat tiket penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kuching selepas mencabut undi dalam Majlis Pelancaran Gelombang Tani Nasional, semalam.

Manakala Mohammad Hamidi berjaya mendapat tiket penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu secara percuma.

Program #JomKitaDaftarUndi adalah anjuran bersama SPR, AirAsia, Sinar Harian dan Astro sebagai menggalakkan orang ramai yang belum mendaftar undi untuk mendaftar.

Dalam program itu juga, sebanyak 1,100 tiket penerbangan AirAsia diberikan secara percuma dengan mendaftar sebagai pengundi.

Program yang bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari itu, reruai (booth) #JomKitaDaftarUndi mula menjadi tumpuan ramai bukan sahaja untuk mendaftar sebagai pemilih tetapi menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan di situ.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah sesi cabutan bertuah dan sesi penerangan daripada SPR.

Siri Jelajah #JomKitaDaftarUndi itu akan diteruskan lagi hari ini di Pasaraya Besar Mydin Meru Raya bermula jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang dan orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan pelbagai hadiah termasuk tiket penerbangan AirAsia.


0 comments:

share2