Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 15, 2017

[KUALA KRAU] FELCRA BEKAL MINYAK SUBSIDI

Felcra bekal minyak subsidi



Bandar Jengka -Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (Felcra) akan membekalkan kira-kira 300,000 tan metrik minyak sawit proses subsidi kepada pengguna di seluruh negara sebelum akhir tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, subsidi minyak sawit yang diproses sendiri daripada sembilan kilang di seluruh negara itu sebagai usaha mengatasi krisis bekalan minyak sawit menjelang musim perayaan.

Menurutnya, Felcra mempunyai ladang seluas lebih 220,000 hektar termasuk Sabah dan Sarawak yang mampu memberikan bekalan minyak cukup kepada pengguna di seluruh negara.

“Sebagai permulaan, minyak tersebut akan diperoleh daripada sembilan buah kilang Felcra dan ia akan dihantar serta dibungkus oleh Felcra sendiri sebelum diedarkan kepada pengguna.

"Felcra akan menggunakan jenama sendiri serta menjual mengikut harga ditetapkan kerajaan. Kita yakin melalui edaran ini, ia mampu mengatasi kekurangan bekalan minyak masak yang sering dihadapi pengguna terutama apabila menjelang Ramadan dan musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jelajah Seranta Felcra Berhad ke Pahang di Felcra Rumpun Makmur di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said; Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Zulkarnain Md Yusoff; Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Pahang, Datuk Abdul Muttalib Tais dan Ketua Pegawai Seranta Felcra Berhad, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Bung Moktar berkata, Felcra mempunyai lebih 500,000 peserta di seluruh negara justeru menjadi tanggungjawab institusi itu untuk menyediakan pelbagai kemudahan terutama di luar bandar.

"Felcra memperuntukkan lebih RM50 juta setiap tahun sejak 10 tahun lalu bagi pelbagai subsidi termasuk projek pertanian, sosial, ekonomi dan lain-lain.

"Projek ini di bawah program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang memberi banyak faedah kepada peserta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial penduduk di luar bandar.




0 comments:

share2