Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 18, 2017

[KUANTAN] AMAL DASAR TIDAK KIRA KAUM


Amal dasar tidak kira kaum


Kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang, khususnya yang tidak mendapat pembiayaan daripada pihak tertentu untuk meneruskan pengajian mereka hingga ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata, Yayasan Pahang (YP) membelanjakan kira-kira RM120 juta setiap tahun menerusi program pembangunan dan bantuan pendidikan kepada pelajar di negeri ini.

Menurutnya, hasrat itu mampu dicapai berdasarkan daripada peningkatan hampir 200 peratus hasil pendapatan YP daripada jumlah bajet penubuhannya, RM1.5 juta.

“Namun begitu dalam memberikan bantuan pendidikan ini kerajaan negeri mengamalkan dasar tidak mengira kaum.

“Ia sudah lama diterapkan dan sebaliknya hanya melihat pada kecemerlangan pelajar terbabit.

“Semua pemberian tidak berdasarkan kepada kaum tetapi berdasarkan keperluan pelajar itu sendiri, miskin dan berkelayakan, kita akan bantu tanpa mengira kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Kecemerlangan Pendidikan Pahang 2017, di Kompleks Yayasan Pahang, di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengurus Besar YP, Datuk Mahmud Mohd Nawawi. 

Pada majlis itu, 191 pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam menerima Anugerah Menteri Besar Pahang manakala 14 sekolah menerima pengiktirafan dalam pelbagai kategori.

Sementara itu, Mahmud berkata, hampir 60 peratus bajet yang digunakan bagi dana pendidikan adalah daripada hasil kelapa sawit.

“Melalui peningkatan tersebut, bajet ini boleh menampung lebih ramai anak-anak Pahang untuk menerima bantuan pendidikan,” katanya.


0 comments:

share2