Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 18, 2017

HIDUP SEMULA SELEPAS 40 MINIT NADI TERHENTI


Hidup semula selepas 40 minit nadi terhenti


Carolina Utara - Umpama mati hidup semula. Itulah yang berlaku terhadap John Ogburn, 36, yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.

Ogburn yang menderita akibat pendarahan pada jantungnya ditemui di sisi komputer ribanya oleh dua pegawai polis.

Dua pegawai berkenaan telah bertindak memberikan bantuan kecemasan selama 42 minit sehingga denyutan nadinya kembali.

Memetik laporan BBC.com, Ogborn dikejarkan ke hospital dan diletakkan di dalam keadaan koma selama seminggu untuk proses perubatan.

Ogburn turut dinasihatkan agar tidak memandu selama enam bulan serta diminta berehat daripada bekerja.

“Saya baik-baik saja. Selain dada yang sakit, tahap tenaga saya tidak pernah berlaku sebelum ini, tapi itu mungkin kerana rutin saya berubah sedikit," katanya.

Ogburn berkata, dia masih memikirkan cara untuk memanfaatkan peluang kedua dalam hidupnya.

Sementara itu, profesor bersekutu di University of Alabama School of Medicine, Dr Michael Kurz, berkata, kes Ogburn adalah bukti setiap minit jantung terhenti dan jika bantuan kecemasan berkualiti tinggi tidak dilakukan, peluang untuk hidup dianggarkan kurang 10 peratus.


0 comments:

share2