Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 22, 2017

[MARAN] KECEKALAN AZIZAN OKU ISTIMEWA WAJAR DI CONTOHI



21/7/2017 - Mengalami kecacatan dengan kedua dua kaki yang tidak boleh bergerak,Azizan Bin Mohd Razak ,45 tahun, ingin membuktikan kepada masyarakat beliau juga mempunyai kebolehan menulis dan membaca tanpa menerima pendidikan secara formal. Azizan mampu menguruskan diri sendiri tetapi terbatas untuk bergerak.


Kebanyakan adik bradik beliau tinggal berjauhan, anak sulung dari lima adik beradik ini tinggal bersama kedua ibubapanya di Felda Kemboja Jengka 4 Maran Pahang. Azizan boleh bertutur dan mendengar dengan baik memudahkkannya berinteraksi dengan kedua ibubapa.

"Saya telah lama mengenali Azizan dan tidak sangka perkenalan singkat saya dengannya menggunakan aplikasi what app membuatkan saya menganggapnya sebagai seorang sahabat. Pada awalnya saya agak terperanjat dengan kebolehan luarbiasa Azizan yang mampu menulis dan membaca tanpa menerima pendidikan secara formal"

"Bayangkan bagaimana sukarnya keadaan fizikal beliau tetapi kebolehannya menggunakan bibir dan dagu untuk menaip di gadjet tanpa kesalahan ejaan. Atas permintaan beliau saya menghadiahkan sebuah komputer riba sebagai galakan " ujar YB Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin,Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika menyerahkan sebuah kerusi elektrik kepada Azizan hari ini.

"Saya ingin menyeru masyarakat di luar sana agar melihat kebolehan dan kecekalan Azizan sebagai inspirasi sekalipun beliau mengalami kecacatan tetapi berusaha gigih bagi menunjukkan keupayaan diri sendiri"

Sebelum ini beliau telah pun menerima kerusi roda daripada ADUN Kuala Sentul namun tidak banyak membantu beliau dan berdasarkan kesesuaian,permintaan Azizan untukk mendapatkan kerusi roda elektrik telah dipanjangkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat .Hadir sama sewaktu penyerahan kerusi roda elektrik di sini Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang En Zulkhairi bin Zainol Abidin.

Kerusi roda elektrik yang awalnya berharga RM 5,000 ini walaubagaimanapun telah diubahsuai dengan keperluan Azizan dan tambahan ubahsuai kira kira RM 2,000 itu telah dibiayai oleh EquMed Sdn Bhd,sebagai salah satu program CSR syarikat.

0 comments:

share2