Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 14, 2017

SERPIHAN MH370 DITEMUI DI SEYCHELLES?





Dua serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada 2014 ditemui di Seychelles, sebuah pulau peranginan di Lautan Hindi.

Penguasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAA) berkata semalam, serpihan itu ditemui ahli sains yang menjalankan penyelidikan burung dan kura-kura di Farqhar iaitu satu daripada pulau di Seychelles.

“Berdasarkan aliran arus, serpihan ini berkemungkinan besar hanyut dari arah lokasi serpihan lain ditemui di negara Lautan Hindi,” kata pegawai kanan yang tidak mahu dikenali kepada Reuters.

Jurucakap agensi kerajaan yang mengendalikan kepulauan Seychelles, Michael Payet berkata, serpihan paling besar berukuran kira-kira 120 sentimeter (cm) panjang dan 30 cm lebar dan dipercayai dibuat daripada alumnium dan gentian karbon.

“Mungkin ia sebahagian daripada penutup enjin,” katanya.

SCAA berhubungan dengan pihak berkuasa Malaysia “yang menunjukkan minat dan kami mengharapkan menjangkakan bekerja rapat,” kata pihak berkuasa penerbangan dalam satu kenyataan.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada Mac 2014.


0 comments:

share2