Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 23, 2017

AIDILADHA DISAMBUT 1 SEPTEMBER


Nikmat korban


Kuala Lumpur - Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 1 September, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam tadi.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1438 Hijrah ialah pada Rabu, 23 Ogos 2017.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 1 Sept 2017," katanya ketika mengumumkannya secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini semalam.


0 comments:

share2