Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 21, 2017

DANA RM150 JUTA BINA BLOK TAMBAHAN HPD


Hospital Port Dickson


Port Dickson - Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM150 juta untuk membina blok tambahan di Hospital Port Dickson (HPD) bagi memberi keselesaan kepada pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di hospital tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, projek itu akan dimulakan segera pada hujung tahun dan dijangka siap menjelang awal 2020.

Menurutnya, blok tambahan itu akan dibina di tanah sekitar 1.5hektar membabitkan bangunan empat tingkat.

"Bangunan ini akan menempatkan empat wad iaitu dua wad lelaki dan dua wad perempuan dan boleh menampung sebanyak 140 katil.

"Bangunan baharu itu nanti turut akan dilengkapi dengan bilik unit rawatan rapi, bilik pembedahan, unit rehabilitasi, farmasi satelit, bilik x-ray dan beberapa lagi kemudahan lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan rasmi ke HPD pagi tadi. Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali.


0 comments:

share2