Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 22, 2017

'DAULAT TUANKU, RAKYAT BANGGA KEJAYAAN TUANKU'


Sultan Mizan Zainal Abidin


Meskipun sudah beberapa hari memotret nama selaku penyumbang emas negara dalam Sukan Sea 2017, namun nama Sultan Mizan Zainal Abidin terus menitir dibibir rakyat Malaysia.

Sehingga hari ini, nama Sultan Mizan terus disebut, kerana sikap baginda yang dilihat merendah diri dan tanpa sebarang publisiti berjaya 'membuat kejutan', sekaligus mewujudkan fenomena baharu di kalangan rakyat.

"Tahniah Tuanku, diam-diam ubi berisi, sekali beraksi Tuanku sumbang dua emas, daulat Tuanku," demikian coret Mohd Fadil Hashim.

Manakala menurut Rizal Ali pula menyatakan Sultan Mizan bukan 'biasa-biasa orangnya'.

"Tuanku sebenarnya berada di kedudukan ke-4 dunia, bukan calang-calang cuma tak dicanangkan sahaja, terbaik tuanku, demi Malaysia," ujar Zulhasnan Mohd.

Dalam pada itu, menurut Ahmad Safuan Mohd pula, baginda dilihat sangat-sangat 'steady'.

"Tahniah DYMM Sultan Mizan memenangi dua emas berkumpulan dan individu. Nampak baginda sangat stedy, simple, merendah diri dan berjiwa rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Aisyah Ali pula menyatakan dia sangat bangga dengan Sultan Mizan.

"Bangga dengan Sultan Terengganu, senyap-senyap bagi emas pada Malaysia, Daulat Tuanku," ujarnya.

Terdahulu, beberapa hari lalu Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin muncul atlet paling mencuri tumpuan apabila melakar dua rekod dalam Sukan SEA Ke-29 (KL2017).

Baginda bukan sahaja menghadiahkan pingat emas buat kontinjen ekuestrian endurance Malaysia dalam saingan individu, malah memecah rekod temasya.

Turut membanggakan, Sultan Mizan muncul sultan pertama dalam sejarah memenangi emas Sukan SEA.

Menunggang kuda bernama RTES Annaversary, baginda memukau penonton di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong apabila menamatkan aksi sejauh 80 kilometer dengan masa 3 jam 48 minit 38 saat.

Catatan itu memadam rekod lama milik Sulaiman Muda 6’26:04s yang dilakukan di Myanmar pada 2013.

Seorang lagi penunggang negara, Mohd. Bulkhari Rozali meraih perak (3’48:40s), manakala gangsa, milik Warit Khuntaraporn dari Thailand (4’16:05s).

Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd. Adhwa Embong memberi kegembiraan berganda apabila meraih emas berpasukan dengan masa 11’31:30s.

Malaysia mendahului 4’37:52s di depan trio Thailand Wipawan Pawitayalarp, Kitikorn Nongbeung dan Kanapos Taytaisong.

Gangsa milik Kemboja dengan catatan 16’ 38:39s.


0 comments:

share2