Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 19, 2017

NEGERI SEMBILAN PECAH REKOD DUNIA


sadasd


Seremban - Negeri Sembilan berjaya memecahkan rekod dunia sekali gus mencatat rekod terbaru dalam World Guinness Book Record dalam misi rantaian cengkaman tangan manusia terpanjang di dunia, (The Longest Chain of People Clasping Wrists).

Program disertai 4222 sukarelawan seluruh Negeri Sembilan itu diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Turut serta menyertai rantaian manusia tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan barisan exco kerajaan negeri.

Perkara itu disahkan oleh wakil World Guinness Record, Silvai Maloof yang datang dari Sydney, Australia.

Rekod terdahulu dipegang oleh Pakistan melibatkan 2,950 peserta pada 29 September 2016.

Program anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan itu turut mengadakan Ekspedisi Menuju Puncak ke Gunung Angsi yang melibatkan 8,000 pendaki.


0 comments:

share2