Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 12, 2017

PM HADIRI MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT, RASMI PPR


PM hadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, rasmi PPR


Machang - Lebih 20,000 masyarakat pelbagai kaum menyambut ketibaan Perdana Menteri pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang, di sini hari ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada jam 10.20 pagi dengan diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Majlis dimulakan dengan alunan Asma Al Husna dan nyanyian lagu Negaraku serta Selamat Sultan.

Tengah hari ini, Najib dijadualkan turun padang dalam program perasmian bangunan tambahan Hospital Jeli.


0 comments:

share2