Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 26, 2017

[RAUB] POLIS BERJAYA TAHAN SUSPEK DISYAKI PENGEDAR DADAH


sad


Dengan penahanan tiga suspek termasuk seorang yang dipercayai pengedar dadah, pihak polis berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM 7000 dalam satu serbuan di Sungai Pasu, Dong di sini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam serbuan Ops Tapis itu polis turut merampas sepucuk pistol tiruan yang dimiliki seorang suspek.

"Dalam serbuan pertama di sebuah rumah, pihak polis berjaya merampas tiga peket dadah dipercayai jenis syabu seberat 19.9 gram dan sepucuk pistol tiruan manakala serbuan kedua di dalam sebuah kereta menemukan dadah dipercayai jenis syabu seberat 57.30 gram.

"Ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan reman sehingga Rabu ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya , Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di sini, semalam.

Turut hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah, Asisten Superintenden Yusof Kamis.


0 comments:

share2