Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 25, 2017

[TEMERLOH] REMAJA JATUH SUNGAI DITEMUI LEMAS


Remaja jatuh sungai ditemui lemas


Seorang remaja ditemui lemas selepas terjatuh di Sungai Semantan dekat Taman Mentakab Indah, Temerloh, petang kelmarin.

Mayat Maizatul Aifa Samsudin, 18, ditemui jam 5.45 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira lima meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, operasi mencari mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum mayat mangsa ditemui.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan jam 2.30 petang selepas mangsa hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika datang ke lokasi bersama keluarga dan rakan.

“Sebaik menerima panggilan, enam anggota bersama empat anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mencari dan menyelamat mangsa.

“Selepas operasi pencarian dilakukan selama kira-kira tiga jam, mayat mangsa berjaya ditemui dan diserahkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.


0 comments:

share2