Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 21, 2017

[KUANTAN] PROGRAM PRA SAMBUTAN HARI WANITA NEGERI PAHANG 2017



Lima Jabatan Kerajaan di UTC Kuantan menyediakan laluan khas untuk wanita di kaunter masing masing mulai  20 Oktober tahun ini.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsuddin yang merasmikannya hari ini berkata kaunter khas untuk wanita di sediakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan  lmigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Tabung Haji. Dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kaum wanita, apabila beratur di kaunter khas wanita dan diberikan perkhidmatan oleh pegawai wanita akan lebih mudah menjaga  kehormatan mereka. Kita harap ia akan dicontohi oleh semua jawatan lain termasuk swasta dan bank bermula hari ini,” kata beliau.

Bercakap dalam sidang media sempena Program Pra Sambutan Hari Wanita Negeri Pahang 2017 di UTC Kuantan, Dato’ Shahaniza berkata Sambutan Hari Wanita tahun ini akan diadakan pada  26 Oktober di Majlis Daerah Rompin.

Dalam pada itu, Dato’ Shahaniza mengingatkan bahawa pada bulan Oktober sehingga Disember setiap tahun   merupakan   kempen   bulan   "Hentikan   Keganasan Terhadap Wanita" . Kempen ini dilaksanakan bagi menghentikan sebarang            bentuk   keganasan   terhadap   wanita.   lsu  keganasan terhadap                wanita    sememangnya     berlaku    di    seluruh    dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya. Sesungguhnya program         ini   merupakan    salah   satu   langkah   proaktif   untuk memberikan kesedaran dan mendapatkan sokongan masyarakat terhadap kempen yang dijalankan.


          

0 comments:

share2