Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 16, 2017

NETIZEN KECAM TINDAKAN PENYOKONG PEMBANGKANG




Kuala Lumpur - Sikap penyokong pembangkang Pakatan Harapan dalam Perhimpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi yang menyepak bola dicat hitam dan dilabelkan sebagai ‘MO1’ menimbulkan kemarahan netizen di laman sosial.

Bagi mereka perbuatan ini begitu biadap dan sekiranya bekas Perdana Menteri keempat masih berkuasa sudah pasti mereka yang berbuat sedemikian berada di Kemunting, jelas Danny Liew.

Kem Kemunting, merupakan pusat tahanan bagi mereka yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tambah Danny lagi, walaupun beliau menentang pemimpin yang mengamalkan rasuah tetapi perbuat sebegini tidak boleh diterima.

“Saya berpendapat penyokong pembangkang tu bernasib baik kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) merupakan seorang yang baik hati, jika tidak pasti lelaki itu menerima nasib yang teruk,” katanya.

Bagi Prakash pula, beliau mencabar lelaki berkenaan untuk cuba buat perkara tersebut di Korea Utara dan pasti akan menerima hukuman paling maksima.

Sementara itu, netizen Ganesh Reddy berkata, majlis perkahwinan beliau lebih ramai yang hadir berbanding dengan himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang itu.

“Setakat ini masih tiada bukti dakwaan pembangkang bahawa seramai 40,000 orang Bangladesh dibawa sebagai pengundi hantu dalam pilihan raya yang lalu seperti dakwaan pembangkang dalam siri perhimpunan mereka sebelum ini,” katanya.


0 comments:

share2