Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 19, 2017

ORANG YANG HINA MASYARAKAT BUGIS 'BEROTAK SENGET' - NIK ABDUH


nikabduh_pas.jpg


Shah Alam: Tidak senang dengan penghinaan terhadap masyarakat Bugis seperti yang disebut Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, PAS berkata gelaran 'lanun' hanya dimulakan oleh golongan penjajah.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, jika gelaran itu digunakan lagi, ia dilakukan oleh mereka yang 'berotak senget'.

Nik Abduh merujuk kepada ucapan Dr Mahathir Sabtu lalu yang dipetik sebagai menggesa Datuk Seri Najib supaya balik ke Sulawesi, tempat asal bagi mereka yang berketurunan Bugis.

"Penjajah dulu memang sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah. Penjajah lalu melabel Bugis sebagai lanun.

"Bila sebut Bugis, saya ingat 'pahlawan'. Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis," demikian menurut kenyataan Nik Abduh.

Bagaimanapun Nik Abduh menyifatkan dirinya tidak hairan dengan ucapan Dr Mahathir itu sebagai pemimpin parti berasaskan kaum.

"Parti yang berasaskan bangsa, memang akan tersembur lidah mereka dengan kata-kata rasis,” katanya lagi.

Dr Mahathir pada Sabtu lalu, di Himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi menggesa Najib pulang ke Sulawesi, yang merupakan tepat asal masyarakat Bugis.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."

Selain Nik Abduh, seorang lagi pemimpin PAS, Muhtar Suhaili pada beberapa hari lalu turut mengecam ucapan Dr Mahathir selain menggesa pihak berkuasa menahan bekas perdana menteri itu mengikut Akta Hasutan 1948 

Katanya, ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu jelas bukan sahaja menghina Najib tetapi adalah melampau dan kurang ajar.


0 comments:

share2