Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 21, 2017

'SIAPA KATA PEMBANGKANG SAHAJA DISIASAT'





Alor Setar - Rakyat tidak wajar terpedaya dengan dakyah pembangkang yang cuba mewujudkan stigma, kononnya bekas pemimpin Umno yang cenderung menyokong pembangkang bakal berdepan krisis kepimpinan apabila dikaitkan dengan pelbagai kes salah guna kuasa.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ini termasuk dakwaan pembangkang membuat tuduhan tidak berasas terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa bertindak berdasarkan fahaman politik.

“Itu semua hanya stigma, kerajaan mahupun pihak berkuasa telus dalam menjalankan peranan masing-masing. Tuduhan pembangkang meleset kerana bukan sahaja pemimpin pembangkang disiasat atau dikenakan tindakan kerana perkara sama turut dilakukan terhadap pemimpin Umno, antaranya bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, termasuk wakil rakyat Umno,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul dakwaan konon SPRM hanya bertindak terhadap pemimpin pembangkang, seperti diuarkan.

“Ini bukti ketelusan kerajaan dan SPRM, masing-masing jalankan tugas dan selaku badan yang memegang amanah, kita telus dalam semua perkara. Sesiapa sahaja, termasuk ahli politik Umno disiasat jika terdapat aduan,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, mana-mana individu sama ada pembangkang mahupun pemimpin Umno sekalipun yang dikaitkan dengan kes tertentu, seeloknya pihak luar tidak perlu mencampuri siasatan.

“Kita serahkan sahaja kepada pihak yang menegakkan undang-undang. Elakkan buat tuduhan melulu. Umno adalah sebuah parti yang konsisten bantu rakyat, lebih baik tumpukan pada keperluan rakyat,” katanya.

Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa SPRM hanya mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang.

Ia susulan penahanan beberapa pemimpin parti pembangkang kebelakangan ini, terutama daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), termasuk Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal yang ditahan SPRM, berhubung penyelewengan agihan projek luar bandar di Sabah, yang didakwa berlaku antara tahun 2009-2015, ketika beliau mengetuai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Terdahulu, Ahmad Bashah merasmikan program Umno Bantu Rakyat 2.0 anjuran Biro Kebajikan Umno Malaysia (BiKUM) di Pejabat Penghulu Mukim Tajar.

Hadir sama, Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.


0 comments:

share2