Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 20, 2017

[TEMERLOH] PERKASA ILMU PENYELAMATAN DI AIR





Jabatan Amal Pahang (JAMNP) mempersiapkan anggotanya dengan kemahiran dan pendedahan supaya dapat menghadapi sebarang kemungkinan bencana di air seperti banjir besar atau kemalangan dalam air seperti lemas dan sebagainya.

Pegawai Tadbir Jabatan Amal Pahang, Firdaus Nasir berkata, kira-kira 80 peserta telah menyertai kursus asas penyelamatan di air yang bertempat di Dataran Patin Kuala Sungai Semantan, Temerloh di sini.

Menurutnya, selaras dengan teras lima amal kemahiran dan keterampilan, anggota perlu tahu tentang ilmu berkenaan.

“Anggota juga didedahkan dengan ilmu asas survivor di air dan kenderaan air iaitu mengendalikan bot,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program itu semalam.

Hadir sama menyempurnakan upacara perasmian, Pengarah Khidmat Malaysia Pahang, Hasanuddin Salim.

Menurutnya, Unit Marin Amal negeri Pahang dan Kor Marin Jabatan Amal menyertai kursus pertama ini bagi memantapkan kor yang baharu setahun ditubuhkan oleh Jabatan Amal Malaysia.

“Antara asas untuk menyertai Kor Marin ialah anggota mesti tahu berenang... jika tak boleh berenang peserta dinasihatkan supaya mempelajarinya.

“Melalui kursus ini peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman baru ketika berhadapan dengan situasi mencabar di dalam air. 

Kursus tersebut dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan jurulatih daripada konsultan penyelamat.

Menurutnya, semua peserta terlibat adalah anggota Amal dari kawasan-kawasan seluruh negeri termasuk juga anggota Amal dari Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan.


0 comments:

share2