Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 15, 2017

[KUANTAN] MEDIA ARUS PERDANA TERANCAM : MB PAHANG



Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata media arus perdana terancam dengan kewujudan media social yang lebih digemari masyarakat kerana mengandungi cerita-cerita sensasi.

“Selain mengadakan Majlis Anugerah Media, elok adakan “brain storming”. Pengamal media pergi “retreat” . Kita kena bincang, kalau tidak berada di takok lama, cuba cari jalan mengenengahkan lagi akhbar kita, cuba cari jalan bagaimana kita baiki hubungan  dan  saya harap bila kita laporkan biarlah tepat biarlah betul.”

“Jadi kita cari jalan bagaimana bangkit semula dalam keadaan media ini,  untuk melawan fitnah mereka yang tidak bertanggongjawab dalam media sosial.   Ini cabaran yang di hadapi oleh media perdana,” kata Menteri Besar di Majlis Anugerah Media Pahang 2017.

Wartawan veteran Dato’ Alang Ahmad turut diberi penghormatan di majlis  ini. Dato’ Alang merupakan wartawan Utusan Melayu yang menengahkan Pahlawan Mat Kilau pada tahun 1969.  

           

0 comments:

share2