Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 21, 2018

[KUANTAN] BOMBA TEMUI MAYAT PADA KEDALAMAN LEBIH 10 METER



Bomba temui mayat pada kedalaman lebih 10 meter



Kegembiraan 12 sabahat ke Taman Eko Rimba Berkelah berakhir tragedi selepas dua daripada mereka ditemui lemas selepas mandi di tingkat tujuh air terjun tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Sani Harul berkata, mayat Azfar ditemui pada jam 7.56 pagi pada kedalaman 10 meter manakala mayat Shah Faris ditemui sembilan minit kemudian pada kedalaman 12 meter.

Menurutnya, SAR yang bermula sejak kelmarin selepas pihaknya menerima panggilan pada jam 3.11 petang berjaya menemui dua mangsa berkenaan sebelum dibawa keluar menggunakan helikopter.

“Dua mangsa ini berjaya ditemui pasukan penyelamat di air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang selain turut dibantu Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam,”katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat menggunakan helikopter.

Mangsa Muhammad Shah Faris Shahrin dan Azfar Mohammad masing-masing berusia 22 tahun berasal dari Pandamaran, Selangor ditemui pegawai dan anggota bomba kira-kira jam 8 pagi semalam selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mereka digerakkan sejak semalam.


0 comments:

share2