Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 20, 2018

[KUANTAN] PERLU KAKI PALSU YANG SESUAI



Perlu kaki palsu yang sesuai



Kecacatan pada kaki kiri sejak lahir meragut kegembiraan remaja ini melalui usia remaja seperti rakannya lain.

Tatkala rakan seusia memenuhi masa lapang dengan bermain bola sepak dan sebagainya, Muhammad Daniel Haikal Hasdi, 14, hanya mampu melihat dari jauh.

Anak sulung dari tiga beradik ini mengalami kecacatan fizikal pada kaki kirinya dan menjalani pembedahan bagi memastikannya dapat menggunakan kaki palsu.

Ibunya, Noraziatul Azida Zainuddin, 35, berkata, anaknya pernah mendapat kaki palsu ketika sekolah rendah namun sudah rosak.

Menurutnya, pembedahan dilakukan tahun lalu bagi memastikan kakinya dapat memakai kaki palsu yang baharu.

“Bagaimana pun, hanya seminggu sahaja dia dapat menggunakannya kerana tidak sesuai menyebabkan luka dan sakit.

“Jadi, dia terpaksa guna tongkat ketika di sekolah walaupun beberapa kali jatuh apabila lantai licin,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Batu 8 Lepar, semalam.

Noraziatul berkata, dia dan suami Hasdi Mat Sidek, 36, sudah memaklumkan kepada pihak hospital mengenai keadaan anaknya namun perlu menunggu untuk pemeriksaan susulan.

Katanya, dia sekeluarga sememangnya mengharapkan kaki palsu untuk memudahkan pergerakan anaknya itu.

“Kalau nak beli sendiri memang tak mampu kerana suami saya tak dapat bekerja kerana sakit jantung.

“Hanya bergantung kepada pendapatan saya yang sebagai tukang cuci,” katanya.


0 comments:

share2