Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 21, 2018

[TEMERLOH] PEMAIN BOLA SEPAK DITIPU EJEN PALSU



Mohd Wazir



Polis negeri ini menahan seorang ejen bola sepak palsu yang dipercayai memperdaya seorang warga asing dari Uganda untuk mewakili pasukan bola sepak di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek memperdaya mangsa itu menjadi pemain bola sepak yang tidak wujud di Sarawak membabitkan kerugian sebanyak RM3,000.

Menurutnya, suspek berusia 41 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Taman Bukit Mentakab, Temerloh, kira-kira jam 6.10 petang semalam.

“Berdasarkan siasatan awal polis, suspek dipercayai memperdayakan pemain bola sepak berusia 19 tahun untuk membolehkan mangsa bermain bola sepak di Sarawak.

“Disebabkan sangat berminat dengan tawaran tersebut, pada 13 Februari lalu, mangsa telah menyerahkan wang sebanyak RM3,000 kepada suspek di hadapan sebuah bank di Mentakab.

“Bagaimanapun, selepas penyerahan wang dibuat, mangsa gagal menghubungi suspek berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Sementara itu, mangsa yang sudah merasakan diri tertipu lantas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

“Hasil semakan ke atas Persatuan Bola Sepak Sarawak mendapati tiada sebarang tawaran pemain luar dibuat atas nama mangsa.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh sementara mendapatkan perintah reman,” katanya.


0 comments:

share2