Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 17, 2018

[GENTING HIGHLANDS] LELAKI DITAHAN CUBA BUNUH DIRI



Lelaki ditahan cuba bunuh diri



Seorang lelaki bertindak melanggar Memorial Hall Tan Sri Lim Goh Tong dipercayai cuba membunuh diri di Kilometer 8.3 Jalan Naik, Genting Highlands, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Yusuf Unis berkata, polis menerima aduan daripada polis bantuan yang yang sedang bertugas di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Genting Highland.s

Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.50 petang itu, mangsa menggunakan kenderaan pikap Jenis Isuzu D-Max telah melanggar Tan Sri Lim Gohtong Memorial Hall.

“Setelah melanggar tembok tersebut, dia bertidak pula melakukan cubaan membunuh diri dengan meletakkan pisau di lehernya,”katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Tambahnya, mangsa sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


0 comments:

share2