Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 15, 2018

KEPUTUSAN SPM DI PAHANG MENINGKAT



Keputusan SPM di Pahang meningkat



Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat semua A di negeri ini meningkat kepada 281 berbanding 269 tahun lalu.

Pada tahun lalu calon Layak Mendapat Sijil (LMS) ialah seramai 16,671 meningkat sebanyak 0.63 peratus berbanding tahun 2016 iaitu 16,493.

Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri, Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, berdasarkan Gred Purata meningkat 4.77 berbanding 4.88 tahun lalu.

Menurutnya, sebanyak 45 layak 100 peratus layak mendapat sijil.

“Maahad Tahfiz Negeri Pahang mencapai 100 peratus Layak Mendapat Sijil (LMS) dengan Gred Purata Sekolah 1.99.

“Manakala Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan mencatat GPS 2.00,”katanya pada sidang media di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Yayasan Pahang , Dato' Mahmud Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr Zulkifle Ali.


0 comments:

share2