Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 18, 2018

[RAUB] PEMBANTU MAKMAL DITIPU SCAMMER, RUGI RM58,290



Mohd Wazir



Seorang pemandu makmal berusia 58 tahun di Raub yang terpedaya dengan sendiket Macau Scam dengan mendakwanya mempunyai hutang tertunggak dan terlibat dengan kes dadah telah mengalami kerugian sehingga RM58,290.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sendiket tersebut telah membuat panggilan dan menyamar sebagai pegawai bank dan anggota polis dalam usaha menipu mangsa itu.

Menurutnya, kejadian berlaku, 8 Mac lalu kira-kira jam 9.15 pagi apabila mangsa mula menerima panggilan daripada seorang suspek iaitu wanita yang menamakannya sebagai Amalina dari Alliance Bank.

“Wanita berkenaan mendakwa mangsa mempunyai pinjaman bank sebanyak RM70,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,295 selama tempoh 60 bulan.

“Mangsa diberitahu mempunyai tunggakan bayaran bulanan sebanyak dua bulan namun dia menafikan perkara berkenaan sebelum diminta membuat aduan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, mangsa kemudian disambungkan dan bercakap dengan seorang lagi suspek bernama Teo yang memberitahu dia kononnya terbabit pulandengan satu kes dadah.

“Panggilan mangsa disambungkan lagi kepada seorang suspek yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Farid dan menyatakan waran tangkap atas nama mangsa ada padanya.

“Untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mangsa diminta untuk membuka akaun CIMB kerana mempunyai sistem SPNS yang dikatakan boleh mengawal ketat wang didalam akaun dari dicerobohi orang lain.

“Kemudiannya mangsa telah pergi ke CIMB cawangan Raub dan mengikut arahan diberikan untuk membuka akaun baharu serta segera memberi semua maklumat bank itu kepada Inspektor Farid melalui aplikasi Whatsapp,” katanya.

Katanya lagi, pada hari sama, mangsa tanpa berfikir panjang terus mendepositkan wang RM25,000 ke akaun CIMB yang baharu dibuka sebelum ke Bank Islam Cawangan Raub dengan membuat transaksi pindahan sebanyak RM17,490.

“Pada keesokan harinya, mangsa sekali lagi pergi ke bank Islam cawangan Raub dan membuat transaksi pindahan sebanyak RM5,700 ke dalam akaun CIMB yang sama.

“Namun pada 13 Mac lalu, Inspektor Farid ada menghubungi mangsa dan memberitahu kes sudah selesai tetapi masih perlu membayar wang jaminan sebanyak RM10,000, dan mangsa segera memasukkan jumlah wang diminta ke akuan CIMB yang baharu dibuka,” katanya.

Sementara itu, tambah Mohd Wazir, Khamis lalu, mangsa telah mendapati wang dari akuan CIMB juga sudah hilang dan dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.

“Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, kelmarin selepas merasakan diri ditipu.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kami sedang mengesan semua suspek yang terlibat,” katanya.


0 comments:

share2