Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 22, 2018

BN PAHANG DIJANGKA TAMPIL TIGA MUKA BAHARU



BN Pahang Letak tiga calon baharu




BN Pahang mungkin akan mengekalkan semua calon parlimen dan Dun dalam PRU 14 nanti kecuali bagi kerusi kosong kerana wakil rakyatnya meninggal dunia.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, dalam senarai nama calon awal akan mengekal semua wakil rakyat parlimen dan Dun namun ada tiga calon baru.

Menurutnya, cadangan calon baharu itu ialah bagi kerusi Parlimen Paya Besar dan Dun Lepar serta pengganti calon yang ingin menarik diri.

“Saya dah bermesyuarat dua kali dengan pucuk pimpinan dan calon pun dah dipilih cuma keputusannya kita belum dapat lagi

“Tak ramai calon, baru tiga sahaja yang saya ingat kerana calon lama boleh diterima lagi dan calon yang merupakan muka muka baharu ialah Paya Besar, Dun Lepar dan satu lagi kawasan Dun akan ditukar calon dengan muka baharu,”katanya pada sidang media selepas menghadiri program Jom Ride Bersama Tok Nan di Felda Sungai Kemahal, semalam

Dalam pada itu, Adnan yang juga Pengerusi BN negeri berkata, tiga nama calon terakhir akan di muktamatkan Dato' Sri Najib Tun Razak.

“Calon negeri ini khabarnya akan diberi esok dan saya belum dipanggil lagi..kalau betul esok diberi, mungkin kita akan umumkan pada hari Isnin atau Selasa kerana masa banyak lagi dan ini cara paling baik untuk kita umumkan

“Sebaik sahaja saya menerima keputusan tersebut daripada pucuk kepimpinan, kita akan umumkan kepada calon yang akan bertanding termasuk manifesto BN Pahang,”katanya.

Dalam sidang media itu juga, Adnan turut mengesahkan akan bertanding dan mempertahankan kerusi Dun Pelangai.


0 comments:

share2