Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 22, 2018

[JENGKA] ORANG MUDA PERLU FIKIR LEBIH KRITIS



Orang muda perlu fikir lebih kritis




Bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu lebih terbuka dan profesional menerima sebarang berita yang tersebar.

Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Dato' Sri Ismail Mohamed Said juga percaya, bekas pelatih program berkenaan juga berfikiran kritis dan menolak berita tidak benar yang boleh mengganggu-gugat perpaduan.

“Segala berita yang diterima perlu ditapis serta diteliti terlebih dahulu supaya tidak menjejaskan perpaduan dan kesepaduan golongan belia," katanya ketika berucap pada perhimpunan Program Reunion BSKN Parlimen Kuala Krau di Balora Mastika di sini, semalam.

Beliau berkata, bekas pelatih yang juga golongan belia akan mendepani negara dalam tempoh 50 tahun akan datang.

"Justeru, negara terletak pada bahu serta tanggung jawab generasi muda masa kini. Maka menjadi kewajipan setiap orang muda memastikan hala tuju mereka lancar,” tegasnya.

Hadir sama, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Dato' Wan Salman Wan Ismail dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, Mohd Fadzlie Mubin.

Sempena program tersebut pelbagai acara diadakan termasuk persembahan nyanyian dan tayangan aktiviti PLKN.

Dalam ucapan sama, Ismail mahu golongan belia terus menghormati pemimpin, undang-undang negara dan mempraktikkan ilmu serta kemahiran yang dipelajari di PLKN.

"Semua itu penting kerana merekalah barisan masa depan yang bakal membentuk negara maju dan berdaulat," katanya.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran lebih 200 bekas pelatih PLKN.


0 comments:

share2