Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 22, 2018

[KUANTAN] JANGAN TIMBULKAN PROVOKASI SEPANJANG PRU14



Rosli Abdul Rahman




Jangan timbulkan sebarang provokasi sepanjang tempoh kempen berlangsung pada PRU14.

Demikian ingatan Ketua Polis Pahang, Dato' Sri Rosli Abdul Rahman kepada penyokong parti-parti yang bertanding.

Menurutnya, pihak polis akan meningkatkan pemantauan dalam tempoh berkenaan.

“Berkempen secara matang dan elak daripada menimbulkan situasi tegang dalam tempoh kempen.

“Ini kerana perkara seperti itu akan menyebabkan kekacauan dan sebagainya,” katanya kepada media Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita peringkat Kontinjen Pahang di Taman Tas ,semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pahang, Dato' Jamaludin Kudin dan Ketua Penerangan Umno Paya Besar, Dato' Mohd Zaili Besar.

Dalam pada itu, Rosli berkata, pihaknya memantau individu dan kumpulan yang dipercayai mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada PRU14.

“Kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Bagaimana pun, kita tidak mahu masyarakat bimbang kerana pihak polis sudah meningkatkan kawalan terhadap individu terbabit,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata, program taman angkat Amanita di Taman Tas itu adalah sebagai pendekatan untuk mencegah jenayah di kawasan berkenaan.

Katanya, kawasan yang mempunyai 20,000 populasi penduduk yang ramai dan berbilang kaum itu memerlukan perhatian yang lebih berbanding lokasi lain.

“Skuad Amanita yang ditugaskan di sini akan melakukan rondaan di kawasan ini pada waktu pagi.

“Berdasarkan statistik kes, terdapat sembilan kes membabitkan jenayah pecah rumah di Taman Tas sepanjang tahun ini,” katanya.


0 comments:

share2