Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 22, 2018

SAYA DIAJAR TIDAK KHIANATI RAKAN DALAM POLITIK - MUSA



Saya diajar tidak khianati rakan dalam politik – Musa



Sandakan – Amalan mengkhianati rakan tidak seharusnya diamalkan dalam politik.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata beliau diajar sejak hari pertama menyertai politik supaya tidak mensabotaj rakan.

“Bapa Kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun juga menunjuk ajar pada saya supaya tidak mengkhianati rakan, parti, rakyat dan negara. Paling penting, Islam juga mengajar kita supaya ikhlas dalam perjuangan dan adil untuk sebarang tindakan kepada semua bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jalinan Kasih Bersama Nelayan Sandakan dan Program Majlis Jalinan Kasih Nelayan Bersama Pemimpin dan Pelancaran Penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Libaran di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata itulah yang dilakukan pemimpin parti pembangkang di negeri ini ketika berada di dalam UMNO.


0 comments:

share2