Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 17, 2018

[TEMERLOH] SAMBUT BAIK TAPI TIADA RUNDINGAN



Sambut baik tapi tiada rundingan




Umno Bahagian Temerloh tetap menyambut baik individu yang bertanding atas tiket calon Bebas kerana menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Ketua Umno Bahagian, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin memberitahu, pihaknya tidak akan membuat sebarang rundingan atau perjumpaan dengan individu yang bertanding atas calon Bebas.

Bagaimanapun, beliau meminta calon yang bertanding memikirkan motif perjuangan mereka.

Beliau mengulas mengenai bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad, 56, yang mengumumkan bertanding kerusi Parlimen Temerloh sebagai calon Bebas pada Sabtu lalu.


0 comments:

share2